Kenali minyak wangi anda
Apa itu minyak wangi ?
" Campuran wangian pati atau aroma sebatian, bahan pengikat dan pelarut yang digunakan untuk memberikan "bau yang menyenangkan" kepada tubuh manusia, haiwan, makanan, objek, dan ruangan " - wikipedia
Kekuatan atau kelebihan jenis minyak wangi itu adalah bergantung kepada kepekatan, kekuatan dan kekal nya minyak wangian yang digunakan.
Semakin meningkat peratusan sebatian aromatik, semakin meningkat juga kekuatan dan jangka hayat bauan tersebut.
5 Jenis Minyak Wangi
Terdapat istilah khusus bagi 5 jenis minyak wangi yang digunakan untuk menggambarkan kepekatan anggaran wangian berdasarkan peratusan minyak wangian dalam jumlah produk akhir, iaitu :
1. Perfume atau Parfum
- Kepekatan minyak wangi tertinggi
- Tahap kepekatan 20 - 30 peratus (%)
- Harga sangat mahal
- Haruman tahan sehingga 12 jam
- Sangat sesuai untuk pengemar minyak wangi berkualiti yang tahan seharian
2. Eau de Parfum (EDP)
- Kepekatan minyak wangi kedua tertinggi
- Tahap kepekatan 10 - 20 peratus (%)
- Mengandungi lebih air / alkohol dalam campuran minyak wangi
- Haruman tahan antara 8- 12 jam
- Sesuai untuk mereka yang gemar "niche perfume"
3. Eau de Toilette (EDT)
- Tahap kepekatan 4 - 15 peratus (%)
- Tidak tahan lama
- Lebih banyak kandungan alkohol, dijual dalam bentuk spray
- Sangat sesuai untuk pengemar minyak wangi berkualiti yang tahan seharian
4. Eau de Cologne (EDC)
- Tahap kepekatan 2 - 5 peratus (%)
- Sangat sesuai untuk mereka yang gemar bauan ringan dan segar
5. Eau de Fraiche (EDF)
- Kepekatan minyak wangi terendah
- Tahap kepekatan 1- 2 peratus (%)
- Sesuai untuk mereka yang mahukan haruman harian tanpa berbelanja mahal



Comments
Post a Comment