Kenapa perlu berwangi wangian ?
Kenapa perlu
berwangi wangian ?
- Minyak wangi memberi keyakinan diri
Keyakinan diri sangat penting untuk setiap orang. Sebagai contoh, jika kita sedang dalam pembentangan dihadapan orang ramai, pasti kita ingin membuat pembentangan dengan sebaik mungkin. Jadi, minyak wangi sedikit sebanyak membuatkan kita yakin untuk tampil dihadapan orang ramai.
- Minyak wangi memberi rasa bahagia pada diri & orang sekeliling
Minyak wangi dapat memberi kebahagiaan kerana kita akan berasa segar dan tidak malu berdekatan dengan orang lain. Cuba bayangkan jika kita berjumpa kawan ketika kita berbau busuk, sudah tentu kita tidak selesa malah orang sekeliling juga akan terganggu dengan bau kita.
- Minyak wangi membantu mengamit memori
Perasan atau tidak, memori dapat diukir dengan minyak wangi. Minyak wangi dapat mengigatkan kita tentang sesorang malah mengingatkan kita mengenai memori lama.
- Minyak wangi memberi ketenangan jiwa
Ketenangan jiwa dapat dirasa dengan memakai minyak wangi. Hal ini kerana, minyak wangi menghasilkan bau yang menenangkan dan segar. Jika anda rasa sedih atau kecewa, mungkin minyak wangi dapat membantu anda.
- Minyak wangi dituntut dalam agama
Setiap agama pasti mementingkan kebersihan dan berwangi - wangian. Dalam islam sendiri mengalakkan kita berwangi wangian. Namun wangian tersebut mestilah tidak berlebih lebihan dan memakainya mengikut keadaan. Sebagai contoh, memakai wangian yang tidak menarik perhatian yang bukan muhrim.


Comments
Post a Comment